Dalam Negara

Guna Brabus G700 6×6 Bernilai RM3.2 Juta Bantu Mangsa Banjir

Banjir yang berlaku baru-baru ini, merupakan antara yang terburuk melanda negara. Hujan lebat yang turun selama dua hari menyebabkan banjir besar di beberapa kasawan di beberapa negeri.

 

Salah satu kawasan yang paling ramai mangsa dan terjejas teruk adalah di Taman Sri Muda, Shah Alam. Akibat banjir yang teruk, kawasan tersebut agak sukar untuk di masuki bagi menghulurkan bantuan. Ini kerana rata-rata laluan ke kawasan tersebut telah di naiki air.

 

Situasi ini amatlah merbahaya dan kenderaan biasa sudah tentu tidak dapat melalui jalan di sini. Bagi sukarelawan yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda, diminta agar lebih ramai yang tampil menghulurkan bantuan untuk memasuki kawasan-kawasan ini.

 

Dalam pada itu, tular satu perkongsian menarik dari saudara Nedim Nazri Aziz di Twitter. Perkongsian beliau itu berjaya menerima 4,276 tanda suka, dan 2,970 kicauan setakat ini. Dalam perkongsian beliau tersebut, menunjukan seorang sukarelawan yang datang menghulurkan bantuan sanggup menggunakan kenderaan beliau Brabus G700 6×6 untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

 

Bless my brother DS Sunny, simpan rumah bagi kilat buat apa, nah dia ni bawa masuk kawasan banjir, langgar longkang & transfer stranded victim lagi,” tulis Nedim.

 

Pemilik kenderaan tersebut ialah DSS Sunny. Beliau merupakan salah seorang collector kereta mewah di Malaysia. Beliau sebelum ini sering dilihat terlibat dengan acara amal dan memberikan bantuan serta menderma bukan sesuatu yang asing baginya.

 

 

Kenderaan yang digunakan oleh DS Sunny tersebut ialah model kenderaan Mercedes-Benz Brabus G700 6×6. Menurut portal  paultan.org, anggaran harga seunit Brabus G700 6×6 ini , mencecah RM3.2 juta.

 

Semoga lebih ramai insan berhati mulia seperti DSS Sunny. Ini baru betul, menggunakan harta kekayaan untuk tujuan yang baik . Terima kasih kepada DSS Sunny dan semua sukarelawan dan dermawan yang membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

 

 

Source : TheVocket

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts