Terkini Mohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN RM 3000

Terkini Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BKKM) TEKUN 2022 telah dibuka untuk permohonan bagi mangsa-mangsa banjir. Baru-baru ini, negara kita telah ditimpah bencana alam iaitu banjir. Banyak negeri yang terjejas akibat bencana alam tersebut. Secara tidak langsung, banyak aktiviti yang tidak dapat dilakukan oleh masyarakat termasuk keluar untuk bekerja.

Selain bantuan makanan dan bantuan keperluan asas lain, terdapat juga ramai individu yang bukan daripada agensi kerajaan pergi ke tempat-tempat yang memerlukan bantuan seperti membantu membersihkan kawasan yang terkena banjir.

Ekoran daripada itu, pihak kerajaan telah mengusulkan bantuan khas untuk masyarakat yang terjejas dari segi ekonomi. Bantuan ini juga bertujuan membantu meringankan beban Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

Pada 9 Februari 2022, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Ismail bin Sabri telah mengumumkan tentang Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM 3000.

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

geran bantuan banjir keluarga malaysia

Bantuan yang diberikan adalah melalui TEKUN Nasional. Bantuan yang berbentuk geran ini dikhaskan kepada perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir pada bulan Disember 2021 dan Januari 2022.

Peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM50 juta. Sasaran kerajaan adalah memberikan bantuan kepada lebih 15 000 perniagaan yang berkenaan. Permohonan geran bantuan banjir keluarga Malaysia adalah berdasarkan syarat dan kelayakan berikut.

Syarat dan Kelayakan Permohonan

  • Individu yang layak untuk memohon bantuan ini adalah mesti bertaraf warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Selain itu, individu tersebut juga mestilah tergolong dalam golongan yang menjalankan perniagaan informal ataupun micro.
  • Perniagaan informal ialah perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kebiasaanya peniaga ini merupakan peniaga yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja.
  • Manakala, perniagaan micro pula ialah perniagaan berdaftar yang telah mendapatkan kelulusan daripada pihak SSM untuk menjalankan perniagaan.
  • Pendapatan jualan yang diperoleh oleh perniagaan micro dalam setahun adalah kurang daripada RM300 000. Seterusnya, mempunyai bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.
  • Individu yang telah menyertai usahawan TEKUN dan mendapat Skim  Pembiayaan Informal dan Micro (SPIM) juga layak untuk memohon bantuan ini.

Cara Memohon

Bagi membuat permohonan, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan. Ia seperti berikut:

1. Secara dalam talian

Sekarang semuanya mudah kerana teknologi berada di hujung jari. Walaupun anda berada di rumah, anda boleh mengisi borang permohonan dengan melayari laman sesawang seperti berikut https://tinyurl.com/geranbbkm.

Anda hanya perlu mengisi borang tersebut dengan lengkap.

2. Pejabat Cawangan TEKUN

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengisi borang permohonan secara atas talian, anda juga boleh pergi ke pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran dengan anda. Di sana akan ada pegawai bertugas yang akan membantu anda.

3. Menerusi Agensi

Jika anda tidak boleh pergi ke pejabat cawangan TEKUN, anda juga boleh pergi ke agensi-agensi yang berkenaan. Agensi-agensi tersebut ialah seperti agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi MEDAC serta Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Dokumen yang Diperlukan

Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu sedia maklum bahawa beberapa dokumen diperlukan untuk mengisi borang permohonan anda.

Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Salinan kad pengenalan

2. Salinan penyata bank

3. Salah satu daripada laporan ini seperti laporan polis, laporan bomba atau laporan agensi MEDAC

Individu yang telah menerima bantuan ini tidak perlu membuat sebarang pembayaran. Geran yang diberikan adalah dalam bentuk geran yang bernilai RM3000 ataupun secara cek.

Semakan Status

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap.

Bantuan ini juga adalah secara one-off. Tidak ada tarikh tutup untuk bantuan ini. Jadi anda boleh membuat permohonan pada bila-bila masa sahaja. Namun, bantuan yang diberikan tertakhluk sepenuhnya kepada dana yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan ataupun info berkaitan dengan bantuan ini boleh anda dapatkan dengan menghubungi pejabat TEKUN yang berdekatan.

Kesimpulannya, bagi individu yang mempunyai masalah perniagaan akibat terjejas oleh bencana alam iaitu banjir, anda boleh memohon bantuan ini agar dapat mengurangkan sedikit beban anda.

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki agar anda layak untuk mendapatkan bantuan ini.

Pihak kerajaan sangat prihatin terhadap kesukaran yang anda alami. Setiap permasalahan, pasti ada jalan keluarnya. Kuatkan semangat anda, dan teruskan usaha bagi masa depan yang lebih cerah!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN, sila layari pautan berikut: https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

1 thought on “Terkini Mohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN RM 3000”

Leave a Reply