Gegaran kuat terasa di sekitar Putrajaya telah mencemaskan penjawat awam sekitar bangunan di Putrajaya juga telah diberi arahan untuk mengosongkan bangunan.
Selain itu Beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung iaitu Selangor, Perak, Negeri Sembilan,Melaka dan Johor mengalami kesan daripada kejadian gempa bumi berukuran Magnitud 6.1 yang berlaku di Utara Sumatra pada jam 9.39 pagi tadi.

Jabatan Metereologi dalam satu hantaran melalui Twitter, berkata pusat gempa bumi itu terletak di kedudukan 0.2° U dan 100.0° T dengan kedalaman 10 kilometer, 76 kilometer Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia.
Bagaimanapun, jabatan itu berkata, tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi berkenaan
Untuk info lanjut berkaitan status pergerakan bumi, amaran tsunami dan bencana boleh layari Jabatan Metreologi Malaysia (MET)