Intipati fasa peralihan endemik Malaysia dan 10 SOP Terkini berkuatkuasa April 2022
Malaysia akan melalui Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya pada sidang media di Parlimen petang ini
Ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
10 SOP Terkini April 2022 Fasa Peralihan Endemik
Menerusi pengumuman yang di buat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Berikut intipati ringkasan sop terkini yang akan mula berkuatkuasa mulai 1 April 2022 dalam menuju ke fasa peralihan endemik covid-19

- Pelitup muka masih wajib di tempat awam.
- Had masa berniaga dimansuhkan (boleh buka 24 jam dan bersahur mengikut syarat lesen operasi premis).
- Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi tidak di tempat terbuka.
- Aktiviti ibadah boleh dilakukan tanpa penjarakkan sosial. (sudah boleh rapatkan saf). Walaubagaimanapun ia terletak dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri.
- Vaksinasi – had liputan dimansuhkan. Semua boleh merentas negeri. Pekerja juga tiada had.
- Had kapasiti 50% melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan. Penjarakan fizikal yang munasabah perlu dilakukan.
- Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022. Rakyat dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka sempadan. MyTravelPass akan dimansuhkan. Pelancong perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.
- Vaksinasi lengkap – tiada keperluan untuk menjalani kuarantin. Hanya perlu menjalani RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta RTK-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
- Tiada Vaksin – Menteri Kesihatan akan umumkan perincian.
- KKM akan umumkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.
- Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan VTL bagi Malaysia dan negara terbabit. (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia).
- Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan ventilasi yang baik di dalam premis.
- Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.
- Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM (Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin)
Manakala untuk perincian fasa peralihan ke endemik dan pembukaan sempadan akan dimaklumkan oleh menteri-menteri kuartet dalam masa terdekat ini.
Sumber : pmo.gov.my