Permohonan EPOKU JKM Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450

Permohonan EPOKU JKM 2022 atau Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450 merupakan bantuan OKU yang boleh di mohon menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Elaun EPOKU ini juga sebelum ini di kenali sebagai Elaun Pekerja Cacat (EPC) antara bantuan kerajaan yang terdapat dalam bajet 2022.

Permohonan EPOKU merupakan bantuan wang tunai RM450 sebulan untuk OKU bekerja. Kepada warganegara pemegang OKU JKM yang pendapatan bulannya kurang daripada RM 1,500 anda boleh memohon bantuan ini.

Apa Itu EPOKU JKM Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450

Merupakan salah satu bantuan oku untuk mengalakan mereka bekerja serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Bantuan ini berbentuk elaun wang ringgit RM450 sebulan/seorang

Syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Memohon EPOKU JKM

  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    4. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan elaun EPOKU JKM, ElaunPekerja Orang Kurang Upaya, anda boleh menghubungi pejabat jabatan kebajikan masyarakat di tempat anda atau;

Ibu Pejabat

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply