Cara Dapatkan Digital HSO MySejahtera

Ini cara dapatkan Digital HSO Mysejahtera. Untuk makluman anda bermula 11 Febuari 2022 pemberian dan pelepasan digital HSO boleh di buat menerusi MySejahtera app. Merujuk Pelan Pemulihan Negara (PPN) –SOP Fasa 4, Pihak KKM telah mengeluarkan arahan, semua kes positif dan kontak rapat tidak perlu lagi hadir ke CAC dan tidak perlu lakukan ujian pengesanan Covid-19.

Pemberian dan pelepasan digital HSO ataupun arahan pemantauan di rumah (HSO) dan juga pelepasan perintah pengawasan dan pemerhatian (Release Order) secara digital untuk kes positif dan kontak rapat akan dilaksanakan melalui aplikasi MySejahtera.

“Kontak rapat tiada gejala juga tidak perlu hadir ke CAC dan tidak perlu lakukan ujian pengesanan Covid-19, yang mana mereka akan diberikan HSO digital dan hanya perlu jalani kuarantin di kediaman.

Pemantaun kendiri dilaksanakan melalui MySejahtera dan pelepasan digital HSO akan diberikan setelah tamat tarikh kuarantin tanpa ujian ulangan sekiranya tiada gejala.

Senarai kes-kes positif dan kontak rapat ini akan dikongsikan dengan pihak PDRM untuk membantu pemantauan pematuhan HSO di rumah masing-masing.

Dedicated Digital HSO melalui aplikasi MySejahtera di peringkat negeri dan daerah diwujudkan untuk memastikan pelaksanaan pemberian digital dan pelepasan digital HSO ini berjalan dengan lancar,” . Perintah pengawasan dan pemerhatian (Home Surveillance Order) dan pelepasan perintah pengawasan dan pemerhatian (Release Order) kini akan di muat naik ke aplikasi MySejahtera

Ini bermaksud, tiada lagi surat fizikal dan tidak perlu lagi surat Annex14 yang perlu diambil di Fasiliti Kesihatan

5 Step Cara Dapatkan Digital HSO MySejahtera

Jadi bagaimana cara nak dapatkan digital HSO ni di MySejahtera? Caranya mudah sahaja, semuanya menggunakan phone anda.

Boleh tengok langkah di bawah step by step cara untuk isytihar kendiri status diri (sama ada close contact atau Positif)*

Bagi anda yang telah melaporkan status positif atau kontak rapat dalam MySejahtera, anda akan dapat Perintah Kuarantin (HSO) secara online dan tidak akan dipakaikan gelang lagi

digital hso mysejahtera
  1. Laporkan status anda di Mysejahtera.Klik Close untuk ke MENU utama MySejahtera
  2. Selepas buka MySejahtera,tekan butang COVID-19 Status
  3. Tekan butang Strat. Jawab semua soalan terutamanya Soalan 5. Pilih Yes/Ya. Kemudian Pastikan Soalan 5.2 dan 5.3 di jawab
  4. HSO (Home Surveillance Order) digital akan diberi kepada anda
  5. Status anda akan bertukar merah dan Mysejahtera akan menunjukan tempoh kuarantin
  6. Tangkap layar (screenshot) HSO untuk simpanan anda

Anda cuma perlu kuarantin di rumah sahaja dan menjawab soalan HAT setiap hari sehingga tamat kuarantin. Surat Pelepasan Kuarantin (RO) juga akan dapat secara digital setelah anda cukup hari menjalani kuarantin

Sumber : Moh.gov.my

RTK Saliva Test POSITIF, Apa tindakan yg perlu anda ambil?

  • Kenal pasti gejala anda. Sekiranya hanya bergejala ringan Kategori 2A atau tiada gejala, berumur kurang 60 tahun, tidak mempunyai penyakit kronik spt kencing manis (rujuk gambar kedua Kategori 2A), anda TIDAK PERLU lagi hadir ke CAC. Anda hanya perlu asingkan diri di rumah.
  • Laporkan keputusan ujian anda di MySejahtera (rujuk langkah menerusi GAMBAR yang dikongsikan).
  • Digital HSO (Surat Arahan Kuarantin) akan diberikan secara automatik. Patuhi dan kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.
  • Laporkan status kesihatan anda secara harian di aplikasi mySejahtera (HAT) sehingga tempoh pengasingan anda tamat.
  • Anda hanya perlu ke CAC sekiranya gejala anda semakin teruk (rujuk gambar kedua Kategori 2B).

Maklumkan pada kontak rapat anda untuk mengisytiharkan mereka telah menjadi kontak rapat menerusi aplikasi MySejahtera masing.

Untuk mendapatkan Digital HSO, caranya sama, anda boleh rujuk Cara Dapatkan Digital HSO MySejahtera seperti langkah di atas

Panduan Melakukan Home Assessment Tool (HAT) Bagi Kes Positif & Kontak Rapat

Sekiranya anda pesakit yang telah disahkan positif Covid – 19 dan disahkan sebagai kontak rapat. Selepas anda mendapatkan Digital HSO MySejahtera, anda perlu menjawab Home Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera setiap hari

Peringatan, bermula 10 Februari 2022, KKM telah mengumumkan bahawa tiada lagi gelang pink & Home Surveillance Order (HSO) @ Surat kuarantin akan dijana melalui aplikasi MySejahtera

Maklumat Lanjut

Untuk bantuan dan maklumat lanjut anda juga boleh hubungi hso malaysia contact di hotline Covid-19 Malaysia

Sama-samalah kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga masing-masing agar terhindar dari sebarang penyakit dan bahaya.

Semoga panduan cara mendapatkan digital hso mysejahtera ini membantu anda

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply