Covid-19 : Sabah Terima Bantuan Kerajaan China

Selain pengumuman pakej bantuan Covid-19 Sabah bagi ransangan ekonomi negeri Sabah dalam menangani Covid-19, Datuk Seri Mohd Shafie Adfal juga berkata bakal menerima bantuan kerajaan China

SABAH akan menempatkan beberapa pakar dari China di sebuah universiti tempatan di Kota Kinabalu bagi melatih doktor tempatan dan berkongsi pengalaman cara menangani wabak Covid-19

Bantuan Kerajaan China Untuk Sabah

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya telah berhubung dengan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai bantuan dari kerajaan China.

  1. Bantuan Pakar Perubatan Dari Negara China

“Beberapa pakar dari China yang berpengalaman akan datang membantu kita di Sabah. Oleh itu, saya memaklumkan kepada Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi mengenai penempatan mereka.“Kita mengenal pasti Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai pusat mereka memandangkan UMS mempunyai makmal dan juga saintis yang bekerja di sana.

“Kita akan tempatkan pakar untuk melatih doktor tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mengumumkan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah ( PPNS ) di Kota Kinabalu, hari ini.

  1. Bantuan Perubatan Dari Kerajaan China

Dalam perkembangan lain, Shafie memaklumkan sebuah kapal dari China yang lengkap dengan bantuan bekalan perubatan akan tiba di Sabah.

“Kapal dari China yang dilengkapi dengan bekalan penutup mulut dan hidung dan pelbagai peralatan perlindungan serta cecair pembasmi kuman akan tiba di Sabah, Sabtu ini.

“Hari ini kerajaan negeri akan membekalkan penutup mulut dan hidung kepada petugas barisan hadapan. Disebabkan itulah kerajaan negeri memperuntukkan RM50 juta untuk bekalan peralatan perlindungan peribadi dan keperluan lain kepada mereka,” katanya.

Lagi info mengenai Covid-19

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply