Program sambutan Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 Sarawak akan di anjurkan pada 24 hingga 27 Febuari 2022 di Kuching Waterfront secara fizikal dengan mengamalkan pembudayaan norma baru.
Program ini akan dirasmikan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 26 Februari, jam 8:30 malam yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Abang Johari Tun Datuk Abang Openg.
Citrawarna Keluarga Malaysia 2022
Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mendekatkan masyarakat umum khususnya Keluarga Malaysia yang berada di Negeri Sarawak dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia serta mempromosi Bandar Raya Kuching sebagai Bandar Raya Kreatif di peringkat UNESCO di bawah kategori gastronomi – World Craft City.
Selain itu, ia juga merupakan salah satu inisiatif untuk menyemarakkan lagi kegiatan ekonomi di Sarawak dengan melibatkan ramai pihak terutama tourism industry player serta kehadiran pelancong domestik ke Sarawak sempena program tersebut.
Aktiviti Sepanjang Program Citrawarna Keluarga Malaysia
Pelbagai pengisian menarik diadakan sepanjang empat hari Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 ini berlangsung antaranya pada
- Perasmian Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 – Malam Gala pada 26 Februari, Festival Kraf Sarawak pada 24 hingga 27 Februari,
- Konsert Sape pada 27 Februari dan
- Festival Gendang Sarawak pada 24 hingga 26 Februari.
Konsert sape melibatkan nama-nama besar dalam muzik sape seperti Mathew, Jerry Kamit dan pelbagai kumpulan dari seluruh Sarawak.
Persembahan Artis Tempatan
Usaha ini juga akan menggabungkan nama penyanyi tempatan dalam Konsert ini seperti Dewi Liana Seriasta, Bob AF, Dayang Nurfaizah, Adrewson dan digabungkan Bersama penyanyi seperti Nicole Lai, Datuk Jamal Abdillah, Magen, Fendi Kenali dan penyanyi lagu rakyat Roslan Madun. Persembahan-persembahan ini akan diadakan di atas pentas terapung di Sungai Sarawak yang merupakan pentas terapung terbesar yang pernah dibina oleh MOTAC.
Turut diadakan Seminar Kolokium (Sidang Keilmuan) dan Bicara Komuniti Sarawak, Pameran Gastronomi Sarawak, Demontrasi Food Fusion Negeri-Negeri, pameran, jualan, demontrasi dan interaktif kabatan/agensi MOTAC dan lain-lain, Persembahan Kebudayaan di Pentas Terapung (Kapal) pada 24 hingga 27 Februari.
Manakala, Peragaan Busana Kraf Tekstil Malaysia, Perarakan Perauk (Perahu) Tambang Berhias dan Persembahan Bunga Api dan Muzikal Water Fountain diadakan pada 26 hingga 27 Februari serta aktiviti Treasure Hunt Kuching Waterfront.
Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 adalah bertepatan kerana mempunyai 27 etnik besar yang pelbagai bahasa, kebudayaan dan cara kehidupan untuk diketengahkan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Acara ini juga akan menjadi salah satu inisiatif untuk menyemarakkan ekonomi di Sarawak apabila melibatkan ramai pihak terutama pemain industri pelancongan negara.
Turut terlibat dalam penganjuran bersama Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 ini ialah pelbagai kementerian, jabatan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang di Sarawak.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 anda boleh layari
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
Website https://www.motac.gov.my/
03 8000 8000
03 8891 7100
info@motac.gov.my