Informasi

Cara Tukar Nombor Telefon BSN TAC 2022

Berikut cara tukar nombor telefon bsn terkini daripada pihak bank simpanan nasional. Untuk makluman pelanggan bsn, anda perlu tukar nombor telefon bsn anda sekiranya nombor yang pernah anda daftarkan tidak lagi aktif.

Kegagalan anda untuk mengemaskini nombor telefon bsn anda, menyebabkan anda akan mengalami kerumitan pada masa-masa akan datang.

Nombor telefon anda perlu la aktif bukan sahaja untuk memudahkan anda dihubungi oleh pihak bank sekiranya terdapat masalah pada akaun bank bsn anda. Ianya juga membolehkan anda menikmati kemudahan perkhidmatan BSN Online

CARA TUKAR NOMBOR TELEFON BSN ONLINE

Untuk makluman anda, bank simpanan nasional tidak lagi membenarkan pelangganya untuk tukar nombor telefon melalui mesin ATM BSN

Penukaran nombor telefon bsn, kini hanya boleh dibuat dengan cara hadir ke kaunter cawangan BSN yang terdekat. Ianya salah satu langkah yang dibuat oleh pihak bsn untuk mencegah penyelewenggan dan penipuan data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

PERSEDIAAN SEBELUM TUKAR NOMBOR TELEFON BSN

Untuk memudahkan urusan anda untuk membuat penukaran nombor telefon. Anda boleh lihat senarai semak dokumen dan perkara-perkara yang anda perlu sediakan dan bawa bila berurusan di kaunter bank nanti.

  • Nombor telefon baru anda.
  • Kad debit atau ATM
  • MyKad anda
  • Wang secukupnya
  • Pen

PROSES CARA TUKAR NOMBOR TELEFON BSN

Disini kami perkongsian untuk anda, ringkasan bagaimana proses cara tukar nombor telefon BSN secara ringkas.

Anda wajib hadir sendiri ke cawangan BSN yang berdekatan

  1. Pastikan anda telah sediakan dan bawa dokumen seperti yang di nyatakan tadi.
  2. Pergi kemana-mana cawangan BSN berhampiran anda.
  3. Maklumkan pegawai bank, tujuan kehadiran anda untuk tukar nombor telefon terkini anda.
  4. Pegawai bank, akan memberikan anda borang untuk mengemas kini nombor telefon anda. Sekiranya anda ingin mengemas kini alamat dan email juga, anda boleh lakukan sekaligus.
  5. Pastikan anda isi borang dan semak dengan teliti dengan memasukkan maklumat yang tepat dan benar.
  6. Sekiranya anda telah mengemas kini nombor telefon anda tapi masih mengalami masalah, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900.
  7. Untuk mula mengaktifkan BSN Online, anda perlu tunggu dalam tempoh 24 jam selepas penukaran nombor telefon BSN anda berjaya.

WAKTU OPERASI PEJABAT BSN

Waktu operasi cawangan BSN di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ialah Isnin hingga Jumaat sahaja.

Cawangan-cawangan BSN ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang.

Untuk semakan lanjut juga anda boleh layari website BSN

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts