Informasi

Cara Semak ASB Online myASNB

Berikut disertakan cara semak ASB online melalui myASNB. Sebelum itu, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK2021).

 

Ia merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit, dengan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB

Ini menjadikan jumlah pengagihan pendapatan terkumpul dan bonus ASB yang telah diagihkan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990 adalah sebanyak RM168.5 bilion.

 

Cara Semak Dividen ASB Online

Sebelum anda boleh membuat semakan dividen asb online, anda terlebih dahulu perlu mendaftar secara online di portal myASNB.

 

Cara Daftar Akaun myASNB online :

Cara-cara untuk mendaftar akaun myASNB online :

  • Kemaskini nombor telefon di cawangan / melalui ejen ASB – Sebelum anda boleh mendaftar, anda perlulah berurusan di kaunter di mana-mana cawangan / ejen asnb . Ini bertujuan untuk mendapatkan nombor TAC untuk pendaftaran online myASNB
  • Pendaftaran di portal myASNB – Sila layari portal rasmi myASNB : https://www.myasnb.com.my. Kemudian klik butang DAFTAR DI SINI. Klik Setuju selepas anda membaca terma dan syarat.
  • Pendafataran da nisi maklumat peribadi . Seterusnya anda perlu melengkapkan butiran-butiran peribadi. Pastikan maklumat tepat dan betul.
  • Nombor TAC – Selepas anda lengkap mengisi maklumat butiran peribadi, semak nombor telefon. Sekiranya betul, klik Perminataan TAC. Sila semak nombor kod TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang anda telah daftarkan.Tunggu beberapa saat untuk pengesahan dan anda akan di bawah ke halaman seterusnya.
  • Sekiranya anda tidak menerima kod TAC, sila semak semula step pertama sebelum anda ikuti cara semak ASB online pada bahagian seterusnya. Jika nombor yang anda daftarkan salah, anda tidak akan menerima kod TAC dan anda perlu membetulkan semula di kaunter ASB/ ejen ASB yang anda berurusan.
  • Lengkapkan maklumat ID . Pada halaman ini anda di minta untuk lengkapkan maklumat ID pengguna, frasa keselamatan dan soalan keselamatan. Sekiranya anda telah menyemak dan berpuas hati, klik tamat untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  • Kata laluan sementara. Anda akan menerima kata laluan sementara untuk tujuan akses anda di portal myasnb. Pastikan anda cetak/simpan atau catat kata laluan sementara yang di berikan. Ianya digunakan umtuk log masuk ahli kali pertama

 

Login Kali Pertama & Cara Semak Dividen, Baki dan Penyata Akaun ASB

  • Layari portal myASNB, klik Log Masuk
  • Isikan ID Pengguna sama seperti yang anda telah daftarkan sebelum ini
  • Klik teruskan
  • Masukan frasa keselamatan yang tertera sama dengan apa yang anda daftarkan sebelum ini
  • Masukan kata laluan sementara seperti yang anda terima sebelum ini.
  • Untuk tujuan kesematan, anda dinasihatkan untuk terus kemaskini dan tukar kata laluan sementara kepada kata laluan baru pilihan anda. Setelah selesai, log masuk menggunakan kata laluan yang baru.

Proses pendaftaran selesai

 

Di halaman utama portal myASNB, anda boleh membuat semakan baki, semakan dividen, seamakan penyata akaun dan urusan-urusan lain seperti menambah nilai pelaburan, ataupun membuat pengeluaran.

 

 

Ejen ASNB yang berdaftar

 

Selain melalui myASNB, anda juga boleh membuat pelaburan ASB menerusi ejen-ejen berdaftar yang di perakui ASNB iaitu ;

  • Ejen ASNB di kaunter-kaunter bank seleruh Malaysia seperti Maybank,CIMB,RHB,BSN,Ambank,Affinbank, Pos Malaysia dan lain-lain
  • Melalui perbankan online seperti Maybank2u, CIMBClicks, RHBNow, AffinOnline BSN Online

 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai samakan asb online, anda juga boleh hubungi ;

 

Telefon : 03-80268101/03-77308899

E-mel : myasnb@pnb.com.my

 

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Tags: ASBASNB

Recent Posts