PM sebentar tadi baru sahaja mengumumkan pencarum kini boleh memohon pengeluaran KWSP Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan maksimum.
Ini bertujuan meringankan beban akibat wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.
CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 RM500 SEBULAN
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.
Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.
Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Katanya inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40 billion.
“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” katanya.
Setakat ini belum diumumkan sama ad acara penrgeluaran kwsp akaun 2 covid-19 boleh dibuat secara online atau pengisian borang
Berita lanjut menyusul.
Bantuan COVID-19 RM600 Sebulan Jika Terpaksa Cuti Tanpa Gaji
Tahukah anda kerajaan akan menyalurkan bantuan COVID-19 sebanyak RM100 sehari kepada individu yang terkesan wabak Coronavirus.
Terkini, Perdana Menteri memaklumkan bantuan RM600 sebulan akan disalurkan kepada pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji (maksimum enam bulan sahaja).
Mereka yang layak menerima adalah pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.
Bantuan tersebut juga layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan PERSEKO (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dengan geran sebanyak RM1 juta.
Namun bantuan ini terhad kepada individu yang tiada pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang 14 hari tempoh pengawasan di rumah.
Sumbangan tersebut akan disalurkan melalui kutipan tabung Covid-19 yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Individu yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Muamalat 1601-0001-1387-14.
1 thought on “Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 Khas Covid-19”