
Satu fungsi baru lencana top fans facebook page telah di buat oleh Facebook untuk ahli-ahli page facebook yang aktif. OhKunak kali ini tertatik untuk berkongsi cara untuk dapatkan lencana Top Fans di Facebook Page.
Bagi menggalakkan lagi pengguna Facebook menjadi lebih aktif, Facebook memperkenalkan lencana ‘Top Fan” pada page-page tertentu dilaman mereka.
Ada pengguna yang aktif, dan ada juga pengguna yang pasif.
Lencana Top Fan akan muncul pada ruangan nama anda di komen pada page tertentu sekiranya anda merupakan seorang yang aktif pada page tersebut.
Selain boleh meningkatkan engagement pada page tersebut, secara tidak langsung boleh membuatkan pengikut di page tersebut menjadi lebih dikenali.
Menurut Facebook, cara bagi mendapatkan lencana Top Fan ini adalah dengan kerap memberikan komen pada post, like dan share perkongsian yang dibuat oleh page tersebut. Semakin banyak pengguna berbuat sedemikian, semakin cepat lencana ‘Top Badge” boleh diperolehi.
Apa Faedah dan Kelebihan Mendapat Lencana Top Fans di Facebook Page
Wajah anda yang kacak, manis atau lawa akan dipaparkan pada bahagian atas laman kegemaran anda.
Kami juga kadangkala akan menyemak senarai Top Fan kami, manalah tahu ada nak bagi hadiahkah, nak buat event kah, lepak-lepak, nak cari jodohkah, yang kami rasakan berkenan di hati – jadi senarai Top Fans ni lah yang menjadi senarai keutamaan kami.
Jangan lupa untuk Like Page kami dan selalu lah berinteraksi dengan kami.