Budi Sabah 2023 Cara Permohonan & Semakan

Bantuan BUDI Sabah 2023 Cara Permohonan, Syarat & Semakan

Khas untuk pelajar IPT Sabah dari keluarga dari keluarga kategori B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran ke insitusi pengajian tinggi awam /swasta. Kerajaan negeri Sabah meneruskan bantuan BUDI Sabah secara one off untuk pendaftaran pelajar IPT bagi pelajar kelahiran Sabah telah di buka. Bantuan tunai pendaftaran IPT ini merupakan salah satu inisiatif berupa Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu pelajar-pelajar.

Selain itu juga kerajaan negeri Sabah juga meneruskan Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK) bagi membantu pelajar dari keluarga B40 dan M40 yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tuan pembelajaran di IPT

Apa Itu BUDI Sabah

budi sabah 2023

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off atau singkatanya BUDI telah dilancarkan pada Mac tahun 2021.

Tujuan BUDI Sabah adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan keluarga pelajar dari Sabah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Bantuan itu diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada keluarga B40 dan M40 dan telah diterima masuk ke universiti awam atau swasta di Malaysia.

Bantuan ini khusus untuk membantu warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, berumur tidak lebih 25 tahun dan yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja.

Ibu bapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan BUDI Sabah iaitu bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off ini sudah mula dibuka bermula Jun 2023. Tarikh tutup permohonan BUDI Sabah ialah 31/11/2023

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan adalah bersadarkan bidang jurusan yang di ambil iaitu

  • Diploma/Foundation/Matrikulasi – Kadar bantuan tunai RM1500
  • Ijazah Sarjana Muda-RM2000

Syarat Permohonan BUDI Sabah 2023

Permohonan adalah berdasarkan beberapa kriteria kelayakan seperti berikut ;

  • Pemohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam/swasta tahun 2022 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Pemohon adalah warganegara malaysia dari sabah dan berumut tidak lebih dari 25 tahun
  • Ibu bapa pemohon atau penjaga adalah golongan b40 dan m40
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT

Dokumen Sokongan Yang Di Perlukan

  • Salinan surat beranak (Pemohon dan Ibu bapa / penjaga)
  • Salinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa / penjaga)
  • Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
  • Salinan muka penyata akaun pemohon

Cara Permohonan BUDI Sabah 2023

Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi website berikut https://budi.sabah.gov.my/. Untuk permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah yang berikut ;

  • Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/
  • Klik butang “Permohonan
  • Klik butang “Daftar” disebelah kanan paparan
  • Isi maklumat dengan lengkap dan klik butang “Daftar
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
  • Isi maklumat yang diperlukan
  • Kemudian sediakan dokumen sokongan
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik

Semakan Status Permohonan

Pelajar-pelajar Sabah yang ada membuat permohonan, semakan status permohonan akan di maklumkan menerusi alamt e-mail yang didaftarkan sama ada permohonan berjaya atau tidak.

Semakan permohonan juga boleh dibuat dengan cara login https://budi.sabah.gov.my/ mengunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sama ketika mengisi pendaftaran akaun permohonan bantuan BUDI Sabah

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut anda juga boleh layari website Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah http://mttk.sabah.gov.my/ . Bagi anda yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bantuan budi sabah ini, anda boleh hubungi nombor telefon 088-369 872, atau email kepada pmttk@sabah.gov.my

Baca juga : Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Sabah 2022

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu BUDI Sabah?

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) merupakan insiatif kerajaan negeri sabah untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah Cara Untuk Mohon Bantuan BUDI ?

Permohonan boleh dibuat secara online melalui website https://budi.sabah.gov.my/

Bilakah tarikh tutup permohonan?

Permohonan bantuan BUDI Sabah 2023 boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31/11/2023

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

1 thought on “Budi Sabah 2023 Cara Permohonan & Semakan”

Leave a Reply