Dilaporkan Bekalan Paracetamol Kurang Di Farmasi, Kedai Serbaneka

Bekalan paracetamol kurang, ubat yang lazimnya digunakan bagi melegakan demam dan sakit kepala, dilaporkan mengalami kekurangan dan agak sukar didapati di farmasi komuniti dan kedai serbaneka di ibu negara serta beberapa tempat lain.

Tinjauan-tinjaun di kebanyakan premis farmasi komuniti baru-baru ini, mendapati bahagian rak yang mempamerkan bekalan ubat berkenaan, terutamanya sebuah cap dagang terkemuka, didapati kosong berikutan permintaan tinggi daripada pengguna lebih-lebih lagi ketika angka kes COVID-19 yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

Bekalan Paracetamol Kurang Disebabkan Pembelian Meningkat

bekalan paracetamol kurang
Sumber : theconvercation.com

Menurut pegawai farmasi, kekurangan bekalan paracetamol juga dipercayai berpunca daripada pembelian meningkat oleh orang awam sebagai persediaan mengurangkan kesan sampingan selepas menerima suntikan dos penggalak seperti demam, sakit sendi dan sakit kepala.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang yang turut mengesahkan perkara itu berkata menerusi maklumat diterimanya, masalah kekurangan paracetamol terutamanya melibatkan cap dagang terkemuka itu tidak hanya berlaku di ibu negara, tetapi juga di beberapa negeri lain.

Jelasnya, perkara itu sudah berlaku sejak beberapa bulan lepas berikutan pembelian yang agak tinggi ketika musim pandemik COVID-19, selain mungkin turut berkaitan dengan isu logistik membabitkan pengilang dan pengedar bagi ubat berkenaan.

Baca juga : I-Saraan Online Pendaftaran KWSP Caruman Golongan Bekerja Sendiri

“Saya dapat info daripada rakan-rakan di seluruh negara, kekurangan ini sudah berlaku beberapa bulan, mungkin boleh dapatkan maklumat daripada syarikat berkaitan sama ada perkara ini berlaku di peringkat pengilangan atau pengedaran.

“Sebab semua yang terlibat dengan pembuatan sama ada melibatkan ramuan bahan, atau peringkat pembungkusan dan logistik akan mempengaruhi ketersediaan stok di seluruh negara,” katanya.

Orang ramai dalam media sosial turut meluahkan kesukaran mendapatkan bekalan paracetamol antaranya pengguna Facebook Josepihine Joey yang menulis: “Kelmarin siang sampai petang tidak jumpa ubat paracetamol (parasetamol), sambung lagi cari di farmasi, kedai runcit dan supermarket (pasar raya) pun tiada, habis stok”.

Pemilik akaun Twitter @fxizmiller pula dalam ciapannya menulis: “Apa kes susah sangat nak cari panadol actifast ni, jenuh pusing Bangi, Petaling Jaya dan Seremban masa balik kampung last week (minggu lepas), semua habis,” katanya.

Disebabkan perkara ini juga, ramai yang mengambil inisiatif membeli bekalan ubat berkenaan melalui aplikasi e-dagang seperti Shopee dan Lazada disebabkan bekalan paracetamol kurang dan sukar didapati di farmasi dan kedai serbaneka berhampiran rumah.

Sumber : Awani

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply