Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000, telah mula diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir sejak Disember lagi. Insentif kerajaan ini mula dilaksanakan sejurus peristiwa banjir terburuk yang telah melanda Selangor pada penghujung tahun lalu dan ianya diteruskan dan diperluaskan kepada mana-mana negeri dalam Malaysia selepas itu.
Apa Itu Bantuan Wang Ihsan (BWI)
Ianya merupakan insiatif pantas kerajaan berbentuk bantuan wang ringgit bagi membantu keluarga yang terlibat dengan banjir
Baca juga : Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Syarat Permohonan
BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja.
Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Soalan Lazim
Kalau saya menyewa rumah bersama rakan dan rumah kami terkesan akibat banjir, adakah kami layak memohon?
Layak. Namun hanya seorang sahaja isi rumah yang layak memohon. Tuan rumah adalah tidak layak memohon sekiranya penyewa telah memohon.
Berapa amaun yang layak dimohon bagi 2 keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama?
RM1,000.00 sahaja kerana hanya 1 KIR rumah yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:
i. Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan kad pengenalan) tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
ii. Mereka yang mendaftar ke PPS (tanpa kad pengenalan) perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat
iii. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
Berapa kalikah saya boleh memohon BWI memandangkan rumah saya terlibat dengan banjir beberapa kali dalam musim tengkujuh ini?
Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Adakah saya layak memohon BWI walaupun pusat pemindahan sementara tidak diwartakan?
Ya, anda layak memohon BWI walaupun tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara yang diwartakan. Tetapi anda perlu untuk mendaftar dengan Ketua Masyarakat seperti penghulu, ketua kampung dan MPKK/ JPKK.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Bolehkah saya memohon secara online?
Tidak ada permohonan online. Permohonan diuruskan daerah dan negeri lokasi di mana KIR yang terkesan bencana berada
Apakah kriteria yang membolehkan saya diklasifikasikan sebagai mangsa yang terjejas dengan bencana banjir dan seterusnya dipertimbangkan sebagai penerima BWI?
Kriteria asas yang membolehkan seseorang layak untuk dipertimbangkan permohonan BWI adalah apabila sesuatu kejadian menepati maksud bencana sebagaimana yang digariskan di dalam Arahan MKN No. 20 dan disahkan oleh Pegawai Daerah.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ada pertanyaan atau aduan mengenai Bantuan Wang Ihsan (BWI) anda boleh hubungi ;
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
PEJABAT PERDANA MENTERI (NADMA)
Tel +603-8870 4800
Website : https://www.nadma.gov.my/en/info/soalan-lazim-faq-bantuan-wang-ihsan-bwi
Email : admin@nadma.gov.my