Zakatpenang2u.com : Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang

Zakatpenang2u.com : Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang,MAINPP Bagi Kemasukan Dalam dan Luar Negara

Pelajar islam Pulau Pinang, yang menerima tawaran melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS dalam negara atau luar negara. Kurang berkemampuan atau memenuhi syarat boleh memohon bantuan permulaan ke ipt melalui zakat pulau pinang

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), menerusi zakatpenang2u.com menawarkan bantuan pendidikan bagi  membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) Dalam dan Luar Negara.

Bantuan ini adalah dibuka sepangjang tahun. Berikut info untuk anda yang berminat untuk memohon bantuan daripada zakat pulau pinang

Kadar Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang

Bantuan Permulaan Ke IptZakat Pulau Pinang 2022

Zakat Pulau Pinang, menawarkan kadar bantuan mengikut peringkat pengajian pemohon iaitu:

  • Sijil atau matrikulasi: RM600
  • Diploma: RM800
  • Ijazah: RM1000
  • IPT Luar Negara: RM2,000 (maksimum)

Syarat Permohonan Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang

Terdapat dua syarat bagi menapis kelayakan pemohon menerima bantuan ini iaiatu syarat umum dan syarat khusus untuk pengajian dalam dan luar negara ada sedikit perbezaan syarat yang ditetapkan. Syarat ini adalah bagi membolehkan hanya pemohon yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan ini

Syarat Umum

  1. Memenuh syarat-syarat umum permohonan bantuan zakat.
    • Beragama Islam.
    • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
    • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
    • Pendapatan keluarga tidak mencukupi *Had Al Kifayah. Had Al Kifayah : Kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minimum yang menentukan tahap kelayakkan penerima zakat dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosio-ekonomi
    • Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.
  1. Permohonan sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran sambung belajar diterima.
  2. Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja.
  3. Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.

Syarat Khusus – Pengajian Dalam Negara

Bagi pelajar yang mendapat tawaran menyambung pengajian ke IPT/IPTS di dalam negara, pemohon perlu memenuhi syarat khusus seperti berikut:

  • Pemohon adalah pemastautin di Negeri Pulau Pinang.
  • Permohonan yang dibuat hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
  • Pemohon belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
  • Permohonan hanya untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  • Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada tempoh setahun. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT/IPTS yang berkenaan

Syarat Khusus – Pengajian Luar Negara

  1. Pemohon adalah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  2. Permohonan yang dibuat pada tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.
  3. Untuk pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, Zakat Pulau Pinang akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.
  4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat
  5. Tempoh kursus pengajian hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

Hak Dan Tanggungjawab Penerima Bantuan Zakat

  1. Memberi maklumat yang tepat semasa memohon bantuan.
  2. Menggunakan wang/bantuan zakat yang diterima seperti tujuan permohonan.

Cara  Mohon Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang

Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang_1
  • Log masuk portal (daftar akaun sekiranya pengguna baharu)
  • Pilih ‘Bantuan Zakat’
  • Pilih ‘mohon Bantuan’
  • Pilih ‘Bantuan Permulaan ke IPT’
  • Isi maklumat anda dan lengkapkan permohonan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai barang pertanyaan berkaitan Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang,anda boleh layari website https://v2.zakatpenang.com/ atau hubungi Bahagian Institusi & Pendidikan kami di talian 04-5498088 / 5498165 / 5498168 / 5498167

Bagi pelajar Sabah, anda boleh mohon bantuan BAIK 2.0 Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan Negeri Sabah

Baca juga :

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

1 thought on “Zakatpenang2u.com : Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang”

Leave a Reply