•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebentar tadi Ketua Menteri Sabah Yang Berhormat Datuk Sahfie Afdal telah menggumuman bantuan khas Covid-19 Negeri Sabah di bawah bajet kerajaan negeri .

Menurut keratan akhbar,

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pakej bantuan RM670 juta bagi membantu mengurangkan kesan negatif penularan COVID-19 kepada rakyat Sabah.

Mohd Shafie juga mengumumkan 15 langkah “Pakej Bantuan COVID-19 Sabah” membabitkan pengagihan dana dan barangan keperluan harian kepada petugas barisan hadapan, kumpulan berpendapatan rendah, peniaga dan mereka yang kurang berkemampuan.

PENGUMUMAN SABAH PAKEJ BANTUAN COVID-19 – KETUA MENTERI SABAH

  1. Peruntukan RM 50 juta kepada kelengkapan dan keperluan di hospital-hospital
  2. Peruntukan RM10 juta untuk keperluan makanan Frontliners
  3. Peruntukan RM20 juta untuk meringankan beban rakyat.
  4. Peruntukan RM20 juta bantuan kepada miskin dan miskin tegar – Bantuan khas tunai RM500 secara one-off yang berdaftar dengan e-kasih.
  5. Peruntukan RM80 juta membantu pendapatan rendah Golongan B40 – Bantuan khas tunai RM300 secara one-off
  6. Pengurangan Cukai Tanah dan Cukai Pintu
  7. Pengecualian pembayaran bil air untuk tempoh 3 bulan bermula Bulan April.
  8. Pemberian diskaun 30% bil eletrik untuk tempoh 3 bulan bermula Bulan April.
  9. Pengecualian pembayaran sewa rumah (PPR) di seluruh sabah untuk tempoh 6 bulan bermula bulan April.
  10. Elaun kepada MPKK RM30 juta bagi tempoh 10 bulan akan datang termasuk March 2020.
  11. Peruntukan RM40 juta melalui dana kredit mikro Sabah peniaga-peniaga kecil
  12. Peruntukan RM200 juta menambahbaik Infrastruktur luar Bandar.
  13. Peruntukan RM50 juta untuk dana IKS Sabah.

Info lanjut cara memohon bantuan akan menyusul