Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK) 2023 Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka. Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
Pada tahun lalu, seramai 10,000 orang pelajar SPM,STPM dan STAM yang memerlukan telah menerima bantuan komputer riba
Menerusi program Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK) ,kerajaan negeri Sabah memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi tujuan tersebut pada tahun ini.
Apa Itu Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK)

Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0 yang diperkenalkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diteruskan tahun ini dengan pemberian sebanyak 1,000 unit komputer riba kepada pelajar B40 di negeri ini.
Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pemberian itu adalah bagi memudahkan para pelajar menjalani sesi pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.
Pada tahun ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan untuk 1,000 komputer kepada pelajar-pelajar kita di IPT awam dan swasta.
Syarat Permohonan
Permohonan ini terbuka kepada pelajar IPT anak-anak Sabah, walau bagaimanapun pemohon perlulah memenuhi syarat dan kriteria seperti yang ditetapkan seperti berikut ;
- Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
- Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
- Calon perlu berikan justifikasi keperluan komputer riba
Cara Permohonan
Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2.0 Sabah boleh dibuat secara online, atau secara manual.
Permohonan Online
Untuk memudahkan proses permohonan, pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar secara online. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut ;
- Layari laman web https://baik.sabah.gov.my/
- Scroll ke bawah poster iklan, klik pada butang “Permohonan”
- Klik “Ok” pada popup yang menyatakan “Sila pastikan kriteria anda memenuhi kelayakan yang telah tertera diatas sebelum memohon.”
- Klik pada butan “Belum Daftar klik sini”
- Isikan nama penuh. nombor kad pengenalan dan email
- Kemudian klik Daftar
Seterusnya ;
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
- Isi maklumat yang diperlukan
- Kemudian sediakan dokumen sokongan
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik
Permohonan Manual
Permohonan secara manual boleh dibuat dengan cara berikut ;
- Download borang permohonan.
- Isi borang dan lengkapkan permohonan
- Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan hantarkan permohonan ke alamat seperti yang berikut ;
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Jabatan Ketua Menteri
Aras 29, Blok A,Menara Kinabalu
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut senarai dokumen yang perlu dimuat naik ketika mengisi borang permohonan secara online /permohonan online ;
- Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
- Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
- Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S
Semakan Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2.0
Permohonan akan di maklumkan melalaui alamat email dan nombor telefon yang di daftarkan. Pemohon juga boleh membuat semakan status permohonan dengan cara login di https://baik.sabah.gov.my/ menggunakan nombor kad pengenalan dan pasword yang telah ditetapkan
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan perlukan keterangan lanjut mengenai Bantuan Ihsan Komputer 2.0 Kerajaan Negeri Sabah 2023, sila layari website https://mttk.sabah.gov.my/ atau hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897
Baca juga : SKIPMA 2022 : Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA
Soalan Lazim F.A.Q
Apa Itu Bantuan Ihsan Komputer 2.0 ?
Ialah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0 untuk pelajar IPT bumiputera Sabah
Bagaimana Untuk Mohon Bantuan Ihsan Komputer 2.0 Sabah ?
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online pada pautan berikut https://baik.sabah.gov.my/
Apakah Syarat Permohonan Bantuan Ihsan Komputer BAIK 2.0?
1.Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
2.Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
3.Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
4.Calon perlu berikan justifikasi keperluan komputer riba
Bilakah Tarikh Tutup Permohonan?
Tidak di nyatakan
2 thoughts on “Bantuan Ihsan Komputer 2.0 Sabah (BAIK) 2023”