Bantuan COVID-19 Sabah :- Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS)

Bantuan Khas Covid-19 Bahagian Zakat Dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah

Kita semua sedia maklum penularan wabak penyakit berjangkit COVID-19 semakin membimbangkan mutakhir kini.

Sehubungan itu, Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah mengambil inisiatif untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM7 juta peruntukan zakat kepada mereka yang memerlukan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.

Senarai Bantuan Covid-19 Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS)

Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah telah menyenaraikan 10 bantuan khas covid-19 untuk negeri Sabah seperti berikut ;

  1. Bantuan Khas Tabung UMS & UITM Sabah
    • Universiti Malaysia Sabah (RM75000)
    • Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah (RM25000)
  1. Bantuan Khas IPTS & IPTA lain di Negeri Sabah
    • Minimum RM1000 dan maksimum RM20000
    • Tertakluk kepada jumlah pelajar terjejas
  1. Bantuan Khas kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) & 6 Hospital Kluster
    • Bantuan khas kepada Jabatan Ksihatan Negeri Sabah (RM300,000) dan 6 buah hospital Cluster Covid-19 (RM600,000)
    • Berjumlah RM900,000
  1. Bantuan Khas Petugas Hadapan (Front liner)
    • Bantuan one-off kepada petugas hadapan hospital jabatan kesihatan dan pembersihan yang bertugas wabak covid-19
    • Berjumlah RM500
  1. Bantuan Khas Waris Pesakit Covid19
    • Bantuan one-off kepada waris pesakit covid-19 yang meninggal dunia yang telah disahkan oleh pihak hospital /Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
    • Berjumlah RM1500
  1.  Bantuan Khas Petugas Mesra Ibadah
    • Bantuan one-off rm500 kepada 56 orang petugas mesra ibadah yang dilantik persatuan kebajikan perubatan sabah (PERKIPS)
    • Berjumlah RM28000
  1. Bantuan Khas Pembersihan & Penyahkumanan Masjid dan Surau
    • Bantuan untuk pemberishan masjid dan surau seluruh negeri sabah yang tercemar wabak covid-19
    • Berjumlah RM500 untuk setiap masjid dan surau
  1. Bantuan Khas kepada pihak Masjid menyediakan Keperluan Makanan Asas untuk ahli kariah yang memerlukan
    • Bantuan one-off rm3000 kepada 100 buah masjid yang terpilih bagi menyediakan keperluan asas kepada asnaf fakir & miskin
    • Berjumlah RMrm300,000
  1. Bantuan Khas Penerima Bantuan Bulanan Zakat
    • Tambahan one-off RM150 kepada 9,414 penerima bantuan bulanan yang sedia ada
    • Berjumlah RM1.4 juta
  1. Bantuan Khas Fakir Miskin Mualaf (FMM) – Penerima Semasa Zakat
    • Tambahan one-off rm100 kepada 32000 penerima bantuan fakir miskin muallaf (FMM) yang sedia ada
    • Berjumlah RM3.2 juta

Maklumat Lanjut

Jika terdapat pertanyaan boleh hubungi ;

Ibu Pejabat MUIS

Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
Tingkat 1, Blok A & B, Wisma MUIS
Peti Surat 11666,
88818 Kota Kinabalu Sabah

Hubungi :

Talian: 088-279206 / 279100
Faks: 088-260246
Email: zakat@sabah.gov.my

Maklumat lanjut juga boleh di layari pautan ini

Baca juga bantuan Khas Covid-19 yang lain :

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

2 thoughts on “Bantuan COVID-19 Sabah :- Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS)”

Leave a Reply