Bantuan Budi Sabah 2022 One Off Pendaftaran Pelajar IPT

Bantuan BUDI Sabah 2022 secara one off untuk pendaftaran pelajar IPT bagi pelajar kelahiran Sabah telah di buka. Bantuan tunai pendaftaran IPT ini merupakan salah satu inisiatif berupa Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga kategori B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran ke insitusi pengajian tinggi awam /swasta

Apa Itu Bantuan BUDI Sabah

bantuan budi sabah 2022

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off atau singkatanya BUDI telah dilancarkan pada Mac tahun 2021. Ianya merupakan insiatif kerajaan negeri sabah untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta di seluruh Malaysia.

Bantuan ini khusus untuk membantu warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, berumur tidak lebih 25 tahun dan yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja.

Ibu bapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off ini sudah mula dibuka bermula Jun 2022. Pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2022.

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan adalah bersadarkan bidang jurusan yang di ambil iaitu

  • Diploma/Foundation/Matrikulasi – Kadar bantuan tunai RM1500
  • Ijazah Sarjana Muda-RM200

Kriteria Bantuan Budi Sabah

Permohonan adalah berdasarkan beberapa kriteria kelayakan seperti berikut ;

  • Pemohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam/swasta tahun 2022 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Pemohon adalah warganegara malaysia dari sabah dan berumut tidak lebih dari 25 tahun
  • Ibu bapa pemohon atau penjaga adalah golongan b40 dan m40
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT

Dokumen Sokongan Yang Di Perlukan

  • Salinan surat beranak (Pemohon dan Ibu bapa / penjaga)
  • Salinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa / penjaga)
  • Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
  • Salinan muka penyata akaun pemohon

Cara Permohonan

Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi website berikut https://budi.sabah.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut anda juga boleh layari website Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah http://mttk.sabah.gov.my/ . Bagi anda yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bantuan budi sabah ini, anda boleh hubungi nombor telefon 088-369 872, atau email kepada pmttk@sabah.gov.my

Baca juga : Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Sabah 2022

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu BUDI Sabah?

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) merupakan insiatif kerajaan negeri sabah untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah Cara Untuk Mohon Bantuan BUDI ?

Permohonan boleh dibuat secara online melalui website https://budi.sabah.gov.my/

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

1 thought on “Bantuan Budi Sabah 2022 One Off Pendaftaran Pelajar IPT”

Leave a Reply