Permohonan bantuan automotif keluarga Malaysia (BAKM) untuk mereka yang terlibat dengan bencana banjir kini boleh membuat permohonan sebelum tarikh akhir pada 31 Mac 2022.
Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini, Kerajaan menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara. Salah satu daripada bantuan tersebut adalah inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia sehingga RM1,000 kepada warganegara mangsa banjir untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.
Sehubungan itu, sukacita diumumkan Kerajaan menambahbaik pelaksanaan inisiatif ini dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan telah dibaiki di bengkel tidak berdaftar.
Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk Bengkel Tidak Berdaftar boleh dibuat secara dalam talian
Permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan LHDNM berhampiran.
Kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.
Apakah Bantuan Automotif Keluarga Malaysia?
Bantuan ini berbentuk Baucar Diskaun Automotif Keluar Malaysia Untuk Pembaikan & Penggantian Kenderaan Terjejas Akibat Banjir:⠀
Baucar sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.⠀
Diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan; kos tunda kenderaan percuma; dan baucar diskaun sehingga RM1,000.⠀
Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara terlibat setakat ini. Senarai syarikat dan bengkel yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.⠀
PERODUA & PROTON juga menawarkan diskaun sehingga 50% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan, serta servis tunda percuma⠀
Baca juga : Bantuan Kanak- Kanak (BKK) RM1000 JKM 2022
Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022
Syarat Kelayakan
Pemohon
- Warganegara Malaysia
- Ketua isi rumah (KIR) berdaftar dengan pusat pemindahan sementara (PPS)/ Pusat Kawalan Operasi bencana (PKOB)/agensi pengurusan bencana negara (NADMA)
- Kenderaan milik persendirian (ketua isi rumah (KIR)/ahli isi rumah (AIR)) yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertkan
- Kenderaan yang tidak dilindungi insurans bencana alam
Tuntutan
- Bantuan automotif keluarga Malaysia (bengkel tidak berdaftar) berkuatkuasa pada 18 disember 2021 sehingga 31 mac 2022
- Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan persendirian yang rosak akibat banjir tanpa perlindungan insurans bencana alam sahaja
- Hanya kenderaan persendirian yang tidak dihantar ke pusat servis/pengedar sah berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan
Tempoh Permohonan
Tempoh Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) mulai 19 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022
Cara Permohonan
- Dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my)
- Klik menu Permohonan atau Mohon Disini; atau
- Secara Manual (Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia) Muat Turun Disini di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Cawangan LHDNM yang berdekatan
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia anda boleh hbungi ;
Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) LHDNM:
1-800-88-2747
Hotline MOF:
03-8882 4565 / 03-8882 4566