Teknologi

Banjir : Teknologi Terowong SMART Selamatkan Kuala Lumpur Dari Ditengelami Banjir

Teknologi terowong Smart  sekali lagi menyelamatkan Kuala Lumpur dari banjir yang berpunca dari banjir di Shah Alam.

 

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, lencongan itu mula diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu, dan sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam.

.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir.

 

“Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari ini, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam,” jelasnya.

Tambah Zaini, sejak dibina pada tahun 2007, ia merupakan pertama kali proses lencongan dijalankan melebihi tiga jam.

 

“Ini merupakan satu rekod yang baru bagi Pusat Kawalan SMART JPS kerana selama lapan kali operasi mod 4 sebelum ini sejak 2007, setiap peristiwa hanya merekodkan kurang dari 3 jam operasi lencongan.

“Namun pada operasi mod 4 kali ini, operasi lencongan telah berlangsung selama 22 jam,” katanya lagi.

Jelasnya, jika 5 juta meter padu itu tidak dapat dilencongkan, beliau percaya keadaan banjir yang melanda Lembah Klang bertambah buruk.

“Air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur bercantum di Masjid Jamek (jika kita tidak lencongkan), kita dah keluarkan 5 juta meter padu, dalam keadaan itu pun air masih berada di paras bawah jambatan.

“Bayangkan kalau ada lagi 5 juta meter padu jika tidak dilencongkan, kalau ikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Kawalan SMART JPS di ibu negara pada Ahad.

Dibawah ini kami kongsikan video dari Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia bagaimana smart Tunnel ini yang mempunyai melencongan air banjir ketika banjir melanda Kuala Lumpur pada September tahun lalu.

 

Source :Astro Awani

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts