Isu Semasa

Banjir Shah Alam : Ini 9 Laluan Di Shah Alam Ditutup Tidak Dapat Dilalui

Banjir Shah Alam, Sembilan laluan ditutup akibat banjir disebabkan hujan lebat sejak dua hari yang lalu

Laporan daripada Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, antara lokasinya adalah laluan :

 

  • Jalan di Persiaran Setia Alam menghala ke Meru dan masuk ke Shah Alam. Jalan raya di kedua-dua arah dinaiki air dan hanya kenderaan berat sahaja boleh melalui jalan banjir.
  • Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 19 terdapat pokok tumbang. Bulatan Melawati ke Bulatan Jubli Perak laluan tidak boleh dilalui.
  • Bulatan Megawati arah ke Seksyen 19 juga tidak boleh dilalui. Lampu Isyarat Persiaran Jubli Perak tidak boleh dilalui dan jalan dilencongkan ke Sri Muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Jalan Persiaran Permai menghala ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) hanya boleh dilalui satu lorong sahaja oleh kenderaan berat sahaja.
  • Persiaran Sukan di hadapan MSU di Seksyen 13 juga dinaiki air juga tidak boleh dilalui.
  • Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur jalan tidak boleh dilalui. Hanya lorong paling kanan boleh dilalui oleh kenderaan berat.
  • Lebuhraya LKSA dari arah susur Bulatan Jubli Perak ke Plaza Tol Seri Muda juga tidak boleh dilalui,” katanya.
  • Kilometer 8.5 Lebuhraya NKVE (Plaza Tol Shah Alam) dari kedua-dua arah dinaiki air dan tidak boleh dilalui.
  • Jalan Bukit Kemuning dari Persiaran Kuala Selangor ke Sri Muda jalan tidak boleh dilalui. Selain itu, Lebuhraya ELITE kedua-dua arah juga tidak boleh dilalui,” katanya.

 

Sources : Harian Metro

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts