BAIK 2.0 Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan Negeri Sabah 2022

Permohonan BAIK 2.0 2022 Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka. Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.

Pada tahun lalu, seramai 10,000 orang pelajar SPM,STPM dan STAM yang memerlukan telah menerima bantuan komputer riba

Menerusi program BAIK,kerajaan negeri Sabah memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi tujuan tersebut pada tahun ini.

Apa Itu Program BAIK 2.0 Bantuan Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan Negeri Sabah

baik-2.0

Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0 yang diperkenalkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diteruskan tahun ini dengan pemberian sebanyak 1,000 unit komputer riba kepada pelajar B40 di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pemberian itu adalah bagi memudahkan para pelajar menjalani sesi pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.

Pada tahun ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan untuk 1,000 komputer kepada pelajar-pelajar kita di IPT awam dan swasta.

Syarat Permohonan

Permohonan ini terbuka kepada pelajar IPT anak-anak Sabah, walau bagaimanapun pemohon perlulah memenuhi syarat dan kriteria seperti yang ditetapkan seperti berikut ;

  • Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  • Calon perlu berikan justifikasi keperluan komputer riba

Cara Permohonan

Pemohon boleh ikuti dengan cara ;

  1. Scan kod QR pada gambar iklan atau
  2. Klik pada pautan ini PERMOHONAN BANTUAN IHSAN KOMPUTER 2.0
  3. Lengkapkan maklumat yang di perlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  6. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut senarai dokumen yang perlu dimuat naik ketika mengisi borang permohonan secara online ;

  • Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  • Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  • Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan perlukan keterangan lanjut mengenai BAIK 2.0 Bantuan Ihsan Komputer 2.0 Kerajaan Negeri Sabah 2022, sila layari website https://mttk.sabah.gov.my/ atau hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897

Baca juga : SKIPMA 2022 : Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu BAIK 2.0?

Ialah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2.0 untuk pelajar IPT bumiputera Sabah

Bagaimana Untuk Mohon Bantuan Ihsan Komputer BAIK 2.0?

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online pada pautan berikut https://drive.google.com/drive/folders/15SimP31Bmv9wm0JAVlKuKTeZVANluVRs?usp=sharing

Apakah Syarat Permohonan Bantuan Ihsan Komputer BAIK 2.0?

  • Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  • Calon perlu berikan justifikasi keperluan komputer riba

Bilakah Tarikh Tutup Permohonan?

Permohonan ini terhad kepada 1,000 unit komputer sahaja. Namun tiada permakluman bila tarikh tutup permohonan ini

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

1 thought on “BAIK 2.0 Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan Negeri Sabah 2022”

Leave a Reply