Teknologi

Arab Saudi Lancar Virtual Hajar Aswad Sentuh Hajar Aswad Secara Maya

Kerajaan Arab Saudi bakal melancarkan virtual hajar aswad “Virtual Black Stone” (Hajar Aswad Maya) yang membolehkan jemaah untuk melihat dan menyentuh Hajar Aswad secara maya

Insiatif kemudahan teknologi reality maya (VR) itu dilancarkan Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Hara dan Masjid Nabawai Sheikh Dr Abdul Rahman Bin Abdulaziz Al-Saudais di pejabatnya

“Insiatif (Virtual Hajar Aswad) itu dilancarkan oleh Agensi Hal Ehwal Pameran dan Muzium, yang diwakilkan oleh Pentadbiran Am Pameran Digital, dengan kerjasama Institusi Penjaga Dua Masjid Suci bagi Kajian Haji dan Umrah di Universiti Umm Al-Qura,” katanya.

Al-Sudais berharap inisiatif berkenaan dapat memanfaatkan realiti maya (VR) dan pengalaman digital untuk mewujudkan simulasi keadaan sebenar.

Beliau juga menekankan pentingnya untuk mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya. – AGENSI

Walaupun teknologi ini dapat dibangunkan dengan canggih, namun dapat melihat dan menyentuh Hajar Aswad secara realiti dan alamai tidak mungkin suasanaya dapat disamakan dari banyak segi bagi umat islam.

 

Source : Alhijrah News

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts