Apa Peranan Dan Tugas YB

YB atau Yang Berhormat merupakan gelaran rasmi bagi wakil rakyat. YB juga merupakan salah seorang ahli dewan undangan negeri ADUN.

Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN ialah wakil yang dipilih oleh para pengundi sebuah kawasan pilihan raya negeri ke Dewan Undangan Negeri. Pemilihan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri diadakan setiap lima tahun, sempena dengan Pilihan Raya Umum Malaysia untuk Ahli Parlimen. 

Peranan Dan Tugas YB

  • Menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri.
  • Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu.
  • Meluluskan perbekalan, dan memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
  • Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.
  • Mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang disediakan untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat, membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam, atau berbincang secara terbuka terhadap isu-isu yang menjadi tumpuan rungutan atau masalah rakyat.
  • Melantik Jawatankuasa-jawatankuasa untuk penyiasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.

Wujud kekeliruan dalam memahami peranan dan tanggungjawab wakil rakyat yang lebih dikenali sebagai Yang Berhormat (YB).Hal ini berkait dengan aspek teori dan praktis.

Ada pihak yang melihatnya dalam konteks realiti.Ada pula yang menilainya dari sudut persepsi.Realitinya, peranan dan tanggungjawab wakil rakyat—dari segi teori—sebagai ahli perundangan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berfungsi untuk membahas, mengkritik, menyokong dan meluluskan undangundang dan dasar negara.

Dari persepsi rakyat ia mungkin berbeza—dari segi praktis—berbanding teori. Rakyat sentiasa berharap wakil rakyat dapat memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan.Jadi, rakyat sentiasa berharap wakil rakyat dapat menyelesaikan setiap masalah yang mereka dihadapi.

Dalam pada itu, pelbagai masalah seperti konflik dalam parti, persaingan merebut jawatan, amalan politik wang, ahli bertindak keluar parti, kekurangan dana dan kewangan parti, gejala sosial dan jenayah serta peningkatan sokongan terhadap parti lawan.

Inilah antara isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh wakil rakyat, di mana peranan dan tanggungjawab adalah sangat besar yang boleh bersifat rasmi dan tidak rasmi.

Dengan kata lain, peranan wakil rakyat bukan sekadar sebagai ahli perwakilan (representative), tetapi juga merupakan ahli politik (politician), pemimpin (leader), pengurus (manager) dan pentadbir (administrator).

Dengan mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat, ia merupakan suatu cabaran dalam kalangan wakil rakyat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, berkesan dan cekap yang boleh diklasifikasikan kepada peranan sebagai perwakilan di Parlimen (parliamentary roles), peranan terhadap pengundi (constituency roles) dan peranan dalam khidmat masyarakat (social roles/services).

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply