Isu Semasa

Amaran Empangan Klang Gate Hulu Kelang Melepasi Tahap Bahaya

Empangan Klang Gate Hulu Kelang di laporkan melepasi tahap bahaya disebabkan hujan yang turun tanpa henti.

Setakat ini sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat.

 

Menurut laporan media, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Polis Daerah Ampang Jaya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan susulan tindakan proses pelepasan air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang yang dilaporkan melepasi tahap bahaya.

 

“Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seramai lima pegawai dan 32 anggota dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah bersiap siaga.”

 

“Semua pegawai dan anggota itu akan terbabit dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

 

Mohamad Farouk berkata proses pertama pelepasan air dilakukan pada jam 11.50 malam.

 

“Saya meminta orang ramai untuk tidak panik dan pelaksanaan proses melepaskan air empangan dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.

 

Menurutnya, jika berlaku kejadian yang tidak diingini, semua pegawai dan anggota akan segera dikerahkan pada bila-bila masa untuk bantuan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya.

 

“Saya menegaskan bahawa nyawa dan keselamatan diri serta keluarga orang ramai menjadi keutamaan,” katanya.

Ini pula senarai nombor telefon balai polis sekitar pentadbiran ampang jaya untuk dihubungi sekiranya orang awam perlukan maklumat yang tepat

  • Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) -03-42897222
  • Balai Polis Ampang – 03-42897419
  • Balai Polis Pandan Indah – 03-92742222
  • Balai Polis Hulu Klang – 03-42573322
  • Balai Polis Taman Melawati – 03-41081222
  • Balai Polis Trafik Ampang -03-42932763
  • Balai Polis Ukay Perdana -03-41472222
  • Balai Polis Pandan Perdana -03-92852222
  • Balai Polis Taman Muda -03-42912222
  • Balai Polis Bukit Indah -03-42952222
  • Pondok Polis Hospital Ampang -03-42896073

Untuk senarai direktori Balai Polis pendatdbiran Ampang Jaya klik disini

Orang ramai yang memerlukan maklumat mengenai situasi semasa bencana di negeri Selangor juga boleh menghubungi nombor yang tertera

 

Untuk menghubungi direktori kakitangan bahagian pengurusan bencana negeri Selangor boleh klik pautan ini

Source : Sinar Harian

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts