Amanah Saham Rahmah adalah inisiatif yang diusulkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ianya bertujuan bagi membantu keluarga miskin tegar bagi meringan beban kos sara hidup sekali gus memberi pendapatan berterusan kepada golongan tersebut.
Dalam satu temu ramah dalam rancangan selamat pagi Malaysia pagi tadi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fauziah Saleh berkata perkara itu sedang di kaji
Di bawah inisiatif Amanah Saham Rahmah, isi rumah berpendapatan rendah akan menerima manfaat hasil daripada dividen berterusan. manakala wang pendahuluan atau pelaburan akan diberikan oleh kerajaan.
Dengan ini, keluarga tersebut akan menerima pendapatan berterusan hasil daripada dividen. Manakala wang pokok tetap jadi milik kerajaan.
Ini satu idea di mana kita berfikir berkenaan bagaimana ingin menoktahkan kemiskinan tegar. Sebab ada kumpulan yang tidak boleh bekerja
Apa Itu Amanah Saham Rahmah

Amanah saham Rahmah merupakan pelaburan yang dibuat oleh pihak kerajaan di bawah syarikat tertentu dan dividen daripada pelaburan itu akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan, manakala wang pokok yang dilaburkan itu, tetap milik kerajaan.
“Contohnya di bawah Permodalan Nasional Berhad, kerajaan akan meletakkan RM100,000 untuk keluarga itu, tetapi wang pokok itu akan tetap jadi milik kerajaan, manakala dividen diberikan kepada keluarga miskin tegar berkenaan,”
” Jadi secara prinsipnya, duit berkenaan merupakan duit dan hak kerajaan.Tidak boleh hilang. Tetapi boleh diberikan kepada keluarga miskin tegar”, katanya selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri

Faedah Inisiatif Amanah Saham Rahmah
Berikut adalah beberapa faedah inisiatif Amanah Saham Rahmah:
- Ini akan memberi peluang kepada isi rumah berpendapatan rendah untuk melabur dalam pasaran saham. Selain daripada itu, ia akan memberi mereka potensi untuk memperoleh pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan mereka berbanding jika mereka menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan.
- Inisiatif ini dapat membantu keluarga tersebut menerima pendaptan secara berterusan
- Inisiatif Amanah Saham Rahmah akan membantu meningkatkan ekonomi Malaysia. Dengan melabur dalam pasaran saham, isi rumah berpendapatan rendah akan membantu pertumbuhan syarikat tersenarai. Ini akan mewujudkan pekerjaan dan peluang untuk semua orang di Malaysia.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini berkaitan Amanah Saham Rahmah ini, anda juga boleh ikuti di Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) YB Fauziah Salleh
Baca juga : Dividen KWSP 2022 5.35 Konvensional 4.75 Shariah
Soalan Lazim
Apa Itu Amanah Saham Rahmah
Merupakan pelaburan bagi keluarga miskin tegar. Wang akan dilaburkan oleh kerajaan di bawah syarikat tertentu dan dividen daripada pelaburan itu akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan, manakala wang pokok yang dilaburkan itu, tetap milik kerajaan
Syarat Kelayakan & Permohonan
Buat masa ini belum ada maklumat yang diperolehi dan insiatif Amanah Saham Rahmah masi dalam proses kajian oleh pihak kerajaan.