Bola Sepak

AFF Suzuki 2020 Harimau Malaya Menang Selesa 3 -1 Menentang Kemboja

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dilihat berada pada tahap terbaik apabila mudah menundukan Kemboja di Stadium Bishan, Singapura petang tadi.

Harimau Malaya berjaya membolos gawang lawan pada minit ke-22 selepas pasukan negara mendapat sepakan penalti yang berjaya di sempurnakan oleh Safawi Rasid.

Keputusan 1 – 0 kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan. Perlawanan separuh masa kedua menyaksikan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe dilihat bermain lebih yakin dan kemas. Akhyar Rashid berjaya menghadiahkan gol kedua untuk pasukan negara, selepas beliau berjaya membolosi dua pertahanan pihak lawan dan melepaskan sepakan mudah ke arah gawang pihak lawan pada minit ke-61

Dengan mengekalkan corak permainan serangan, skuad tanah air sekali lagi menghadiahkan gol ketiga pada minit ke-78, hasil jaringan Kogileswaran Raj selepas mendapat pasingan kemas daripada Lukman di dalam kotak penalti lawan.

Berbaki lebih kurang dua minit sebelum tamat perlawanan, Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gol skuad Harimau Malaya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan dengan alasan menaikan kaki ketika menangkap bola yang hampir di sambar oleh pemain Kemboja di dalam kotak penalti Harimau Malaya.

Hasil daripada itu,skuad Kemboja berjaya mendapatkan gol saguhati, melalui jaringan penalti pada minit ke-90 oleh Sath Rosib.

Keputusan Malaysia 3 -1 Kemboja kekal sehingga tamat perlawanan.

Persembahan cemerlang oleh Akhyar Rashid, menjadikan beliau sebagai pilihan ‘Man of the Match’ perlawanan diantara Malaysia menentang Kemboja

Jadual perlawanan skuad Harimau Malaya bagi peringkat Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 diteruskan dengan pertemuan di antara Laos pada 9 disember dan dua lagi musuh kuat, Vietnam dan Indonesia pada 12 dan 19 Disember.

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts