Berita

600 Pemberontak Sulu Mahu Tawan Sabah

Satu laporan diterima, seramai 600 anggota puak pemisah dari negara jiran akan menyerang Sabah menurut portal tempatan yang memetik sumber dari media berwibawa Hong Kong China.

 

Keanggotaan pemberontak yang hampir seramai satu battalion itu dipercayai dicapai menerusi satu operasi khas yang telah dirancang setelah beberapa siri pertemuan rahsia melibatkan seramai 19 datuk bandar di Filipina

 

Daripada 19 datuk bandar, 11 orang dari wilayah selatan negara tersebut sudah pun bersetuju untuk merekrut sekurangnya 600 anggota bersenjata.

 

Turut memetic sumber akhar berwiba dari Hong Kong,China tersebut mendakwa segala kos senjata api dan urusan logistic sebanyak 504,000 peso (kira-kira RM41,170) di tanggung oleh pegawai tinggi kerajaan

 

Menurut sumber itu lagi, terlabat lebih kurang 200 orang perisik RSA untuk menyusup masuk ke pelbagai lokasi di kawasan Sabah beberapa bulan lalu

 

 

 

Sumber tersebut turut tidak menolak keberangkalian kewujudan ejen pengintipan asing yang telah lama bertapak di Sabah dan mahir menyamar sebagai penduduk tempatan.

 

 

“Dua bandar besar pesisir di Bahagian Tawau negeri tersebut iaitu Lahad Datu dan Semporna menjadi sasaran utama misi pencerobohan besar-besaran oleh pihak RSA kali ini,” katanya.

 

Ianya juga dipercayai bakal melancarkan serangan balas dendam dijangka sekitar Februari depan sempena memperingati peristiwa berdarah yang pernah berlaku di situ pada 11 Februari 2013

 

Tambah sumber itu, kesemua anggota RSF yang terlibat dalam operasi kali ini bakal lengkap dibekalkan senjata api terbaik ketika memasuki perairan Sabah secara senyap tanpa dikesan.

 

Bekalan senjata turut ditanam di sekitar kawasan yang telah dikenal pasti untuk digunakan askar berkenaan sebelum melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

 

Source : Utusan Malaysia

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts