Pertandingan Catur Lakar Sejarah Kampung Lormalong,Kunak

Pertandingan Catur Lakar Sejarah Kampung Lormalong,Kunak

Kunak : Kampung Lormalong baru-baru ini menganjurkan pertandingan catur terbuka Lormalong anjuran Naurah Car Wash.

  Pertandingan catur ini diadakan dengan kawalan masa 15+10, disertai oleh generasi daripada beberapa buah kampung di daerah Kunak.

Seramai 16 peserta yang menyertai pertandingan dan bermain sebanyak tujuh pusingan.

Juara disandang oleh Tasman, tempat kedua Zulfikli dan ketiga Abd Wahid Aying.

Bagi kategori terbaik Kampung Lormalong, disandang oleh Roslianah Merdekai, anak jati Kg. Lormalong, acara bawah 18 Tahun di sandang oleh Sarah, manakala Junior bawah 12 tahun dimenangi oleh adik Keisah bagi kategori perempuan dan adik Khairul bagi kategori Lelaki.

Sambutan amat menggalakkan dikalangan anak muda dan sokongan dewasa.

Ibu bapa juga turut hadir dan menyaksikan pertandingan itu, kebanyakan nereka menyuarakan ingin lagi menyertai pertandingan yang mungkin akan diadakan pada 25 Disember nanti, kata Pengarah Program Rizuan Shah Alihakatdin.

Penduduk kampung dan sekitar turut menyuarakan minat yang mendalam dalam sukan catur.

Katanya, dengan adanya pertandingan seperti ini dapat mencungkil bakat serta mengangkat martabat sukan ini agar diminati oleh semua lapisan masyarakat.

Sumber : Utusan Borneo