PDRM menerusi satu kenyataan dalam laman Facebooknya berkata, kesalahan itu diperuntukkan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

“Mereka ini dikenali sebagai ‘Geng Plastik Hitam’ yang akan mendapatkan minuman dan makanan di beberapa restoran dan kedai makan seawal pukul 12 tengah hari.

“Mereka akan menjinjing beg plastik berwarna hitam keluar dari premis terbabit bagi mengelak dikesan dari pihak berwajib,” katanya.

JABATAN Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mempergiat operasi membanteras individu tidak berpuasa daripada makan secara terbuka di restoran atau gerai makanan di seluruh negeri ini.

 

 

 

Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT, Nik Zulhaiza Ismail berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lebih 30 restoran dan kedai makan dijadikan ‘port’ menjual makanan kepada individu culas berpuasa.

Katanya, kira-kira 100 pegawai dan anggota penguat kuasa ditugaskan memantau kegiatan di kawasan dikenal pasti sebagai lokasi golongan itu.