Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup  BSH 2019.

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH 2019.

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup  BSH 2019.

Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2019.

Tiada lagi BR1M mulai 2019, kerana kerajaan telah memansuhkanya menjadi Bantuan Sara Hidup Rakyat atau BSHR

Hari ini dalam satu sidang media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu bayaran pertama akan dibuat selepas Tahun Baru Cina nanti.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan sedang mengumpul data bagi penerima yang layak.“Kita mempunyai pendekatan baharu, maka ia memerlukan masa untuk dilaksanakan.

“Seperti mana diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2019, kita mempunyai kaedah baharu melaksanakan pengagihan BSH.

“Ia akan dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina dan ia akan dibayar,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Ketika pentadbiran terdahulu, BSH dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menerusi BSH, setiap isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerimaRM1,000.

Bantuan tambahan juga akan diperkenalkan iaitu golongan B40 yang mempunyai anak bawah usia 18 tahun akan menerima RM120, bagaimanapun terhad kepada empat orang anak.

Dalam perkembangan lain, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap bank pelaburan terkemuka dari Amerika Syarikat, Goldman Sachs, susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Guan Eng berkata, kerajaan menyerahkan pertimbangan itu kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Sudah tentu kerajaan akan mengambil tindakan berhubung perkara ini, namun prosedur undang-undang kita serahkan kepada Peguam Negara.

“Perkara ini akan dibincang serta diuruskan oleh Peguam Negara dan setiap bahagian mempunyai bidang kuasa tersendiri,” katanya.

Sebelum ini, tuntutan saman sivil diusahakan terhadap Goldman Sachs bagi mendapatkan semula dana berjumlah AS$4.5 bilion nilai kerugian yang dialami melalui urus niaga 1MDB.

Mengulas isu berbeza, Guan Eng ketika ditanya mengenai isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkata, pandangan dan persetujuan semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) diperlukan bagi mencapai keputusan bersama.

“Keputusan bersama akan memberi gambaran demokrasi yang lebih baik, rakyat perlu diberi peluang mengundi dan kita akan laksanakan seperti yang dijanjikan menerusi manifesto PH,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam satu majlis pagi ini menegaskan, pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana ia berkemungkinan mewujudkan konflik berasaskan perkauman.

Apa komen anda mengenai Bantuan sara hidup BSR 2019?

Team E-Sports Kunak Melakar Nama Diperingkat Antarabangsa

Team E-Sports Kunak Melakar Nama Diperingkat Antarabangsa

“Kami sikit, tapi kami ada” ini mungkin ungkapan yang sesuai untuk team E-Sport Kunak yang di kenali sebagai Team KS-9 yang telah melakar sejarah tersendiri dalam dunia E-Sport.

Dengan kesungguhan dan kerja keras dari ahli-ahli Team KS-9, mereka telah berjaya meletakkan Team KS-9 di tempat kedua dalam pertandingan All Star Sabah Sarawak dan seterusnya menjadi wakil Sabah untuk Tournament ROGS/Straitchampionship yang di anjurkan oleh pihak dari negara Singapura.

Mobile Legend Tournament ROGS/Straitchampionship yang di anjur kan oleh pihak dari negara Singapura.

Kejayaan ini membawa mereka mara ke peringkat yang lebih tinggi, dimana mereka akan bersaing dengan pasukan-pasukan E-Sport dari luar negara Singapura dan Indonesia.

Team E-Sport Kunak KS-9

Pihak kami telah menemuramah salah seorang ahli Team KS-9 untuk mengenali latar belakang dan siapa mereka yang telah berjaya mengharumkan nama Kunak dipersada E-Sport ke peringkat antarabangsa

OhKunak : Terlebih dahulu kami di page ohkunak merakamkan ribuan tahniah kerana berjaya mengharumkan nama kunak di persada antarabangsa dalam E-Sport.

Mohd Aleef : Saya wakil admin Team KS-9. Alhamdulillah terima kasih.

OhKunak : Jika tidak kebertakan pihak kami ingin menemuh rama pihak Team KS-9 untuk kami buat sedikit artikel bagi team KS-9

Mohd Aleef : “Ok boleh”

OhKunak : Siapa ahli-ahli ks9..kalau dapat nama sebenar dan nama julukan..

Mohd Aleef : 

Ahli-ahli Team KS-9 (Team Kunak Squad 9)
Ahli-ahli Team KS-9 (Team Kunak Squad 9)

Team Kunak Squad 9.

Nama-nama Ahli :-

1.Azrie Ahmad ( Hope ) -Manager ks9
2. Mohd Alif Shukarddie ( Casper )
3. Bustang Yuddin ( MuszQ )
4. Mohd Faiq bin Hussien ( DirectX )
5. Chua Vui Hiong ( Jelobui )
6. Mohd Syarmizan Yusof ( Babyloca )
7. Suriedi Mustari ( Kuril )
8. Noorsyahidah Bt Ahmad (QueenM )
9. Mohd Fizree Bin Abraham ( Gregory )

Page rasmi Team KS-9 : https://www.facebook.com/TeamKS9Malaysia

OhKunak : Tarikh penubuhan KS-9?

Mohd Aleef :  Tarikh di tubuh kan pada  12.12.2016

OhKunak : Pencapaian/kejuaraan yg telah di terima KS-9?

Team KS-9 di Tour Semporna Vol.2
Team KS-9 di Karnival E-sport Tawau

Mohd Aleef :  Kejuaran 7 kali Champion, 2 kali Naib Johan, 2 kali tempat ketiga.

OhKunak : Apa cabaran yg di hadapi oleh team ks9 ?

Mohd Aleef : Cabaran yg d hadapi, kami menempuh pelbagai dugaan seperti kurang latihan kerana tidak mempunyai masa yang sesuai dan tempat yg selesa untuk training seperti team-team yg lain disediakan “gaming house” untuk berlatih.  Ada kalanya kami pergi tournament jauh seperti Tawau, Semporna, Lahad Datu tetapi kekurangan bajet kerana pertandingan memerlukan masa 2 hari.

OhKunak : Pencapaian tertinggi KS-9?

Mohd Aleef : Pencapain Tertinggi, tempat Kedua dalam pertandingan All Star Sabah Sarawak dan Wakil sabah untuk Tournament ROGS/Straitchampionship yg d anjur kan oleh pihak dari Negara Singapore

OhKunak : Dari mana ilham dapat nama Team KS-9?

Mohd Aleef : Ilham nama KS9, sebab kami semua majoriti orang kunak. KS9 bermaksud Kunak Squad 9. Dan di tubuh kan oleh kawan bernama Azrie Ahmad.

OhKunak : Setelah berjaya di peringkat qualifier group stage, mengapa Team KS-9 tidak membawa nama pasukan, dan di tukar kepada R LEGACY ESPORT? tidak ka pihak Team KS-9 merasa ini peluang terbaik untuk pasukan anda lebih di kenali?

Mohd Aleef : Sebab kenapa tidak pakai nama KS-9 tapi R legacy,
kerana untuk bermain di Straitchampionship memerlukan modal/bajet yang agak tinggi. So pointnya kami memerlukan sponser. Pihak R legacy Esport dari kk menawarkan kepada kami utk sponser kami sepenuhny tapi menggunakan nama mereka.

OhKunak : Perlawanan seterusnya boleh ceritakan perjalanan, lokasi dan tarikh? ada saluran rasmi untuk tonton live perlawanan?

Mohd Aleef : Kami akan bermain d kota kinabalu pada tarikh 12 dan 13 januari tahun depan. Saluran rasmi bole tengok d page link ni https://www.facebook.com/GlobalROGS/

OhKunak : Soalan terakhir, apa pesanan pihak KS-9 kepada belia-belia dan masyrakat Kunak tentang E-sport?

Mohd Aleef : Pesanan dari kami Team KS-9,sama-sama kita majukan e-sports daerah kunak , walaupun ia awalnya merupakan hobi setiap orang namun e-sports juga bole menjanjikan kerjaya , mengelakkan belia-belia dari melakukan gejala-gejala yang tidak baik. Majulah E-sport untuk Kunak !!

Tahniah untuk Team KS-9 yang telah berjaya mengharumkan nama Kunak dalam arena E-sport atau E-sukan di peringkat yang tertinggi.

Sedikit info untuk belia-belia dan masyarakat di luar sana, pada pembentangan bajet 2019 yang lalu, Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerajaan serius melihat E-Sukan sebagai satu platform baru anak muda yang tidak boleh diketepikan dengan memperuntukan bajet RM10 juta khusus kepada pembangunan E-Sukan

Sumber : Awani

SABAH BAKAL JADI TUMPUAN DUNIA PROGRAM ‘I LOVE UNITED’ 16 DIS INI

SABAH BAKAL JADI TUMPUAN DUNIA PROGRAM ‘I LOVE UNITED’ 16 DIS INI

KOTA KINABALU: Pada 16 Disember ini, Sabah bakal menjadi tumpuan penyokong kelab Manchester United seluruh dunia.

Sabah adalah antara lima tempat di seluruh dunia dipilih oleh Old Trafford bagi mengadakan program ‘I Love United’ yang turut membuka peluang membawa dua pemain lagenda daripada kelab gergasi dunia itu datang ke Sabah.

sabah bakal jadi tumpuan i love united

Batholomew Jingulam (tengah) bersama Stephan George (kiri) dan salah seorang penyokong tegar Manchester United, Willie Jude. Gambar SNT/Ehsan United Malaysia

Menurut Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia (United Malaysia) Batholomew Jingulam, program ‘I Love United’ akan berlangsung di Gypsy Bar, i-Plaza, Penampang.

“Ia adalah satu peluang kepada kita untuk membawa dua lagenda Manchester United datang ke Sabah sekiranya kita boleh mendapat seberapa banyak hashtag (#ILOVEUNITED_MY) yang boleh sepanjang program itu berlangsung.

“Sejak dari dulu lagi impian United Malaysia adalah untuk membawa lagenda pasukan itu ke sini dan kita harapkan ianya menjadi kenyataan selepas program itu,” katanya ketika ditemui semalam.

“Ini juga satu peluang bagi United Malaysia membuktikan yang kita juga mampu menganjurkan program besar seperti ini.

‘Pasukan media daripada Old Trafford juga akan turun ke sini untuk mengadakan lintas langsung antara lima negara yang mengadakannya,” katanya.

Tahun lalu, program tersebut diadakan di Kuala Lumpur.

Menyatakan ini adalah satu peluang kepada semua penyokong khususnya di Sabah untuk berkumpul, beliau berharap semua penyokong kelab itu akan datang beramai-ramai bagi memeriahkan program berkenaan.

Pada hari berkenaan, Manchester United akan bertemu dengan musuh tradisinya, Liverpool di Anfield.

“Saya yakin program ini akan mendapat sokongan daripada semua penyokong termasuklah pemimpin-pemimpin yang ada di Penampang seperti Ahli Parlimen Penampang yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking, Jennifer dan Jannie Lasimbang, Kenny Chua walaupun dia penyokong Liverpool dan ramai lagi,” kata Batholomew.

Sementara itu pengerusi penganjur, Stephan George berkata selain menyaksikan siaran langsung perlawanan, pelbagai lagi acara lain turut diadakan termasuk cabutan tiket bertuah dengan hadiah utamanya ialah pakej bagi menyaksikan perlawanan di Old Trafford percuma.

“Selain itu, beberapa ‘food truck’ akan turut berada di kawasan Gypsy Bar selain persembahan hiburan oleh busker jemputan,” katanya.-SabahNewsToday

Pertandingan Catur Lakar Sejarah Kampung Lormalong,Kunak

Pertandingan Catur Lakar Sejarah Kampung Lormalong,Kunak

Kunak : Kampung Lormalong baru-baru ini menganjurkan pertandingan catur terbuka Lormalong anjuran Naurah Car Wash.

  Pertandingan catur ini diadakan dengan kawalan masa 15+10, disertai oleh generasi daripada beberapa buah kampung di daerah Kunak.

Seramai 16 peserta yang menyertai pertandingan dan bermain sebanyak tujuh pusingan.

Juara disandang oleh Tasman, tempat kedua Zulfikli dan ketiga Abd Wahid Aying.

Bagi kategori terbaik Kampung Lormalong, disandang oleh Roslianah Merdekai, anak jati Kg. Lormalong, acara bawah 18 Tahun di sandang oleh Sarah, manakala Junior bawah 12 tahun dimenangi oleh adik Keisah bagi kategori perempuan dan adik Khairul bagi kategori Lelaki.

Sambutan amat menggalakkan dikalangan anak muda dan sokongan dewasa.

Ibu bapa juga turut hadir dan menyaksikan pertandingan itu, kebanyakan nereka menyuarakan ingin lagi menyertai pertandingan yang mungkin akan diadakan pada 25 Disember nanti, kata Pengarah Program Rizuan Shah Alihakatdin.

Penduduk kampung dan sekitar turut menyuarakan minat yang mendalam dalam sukan catur.

Katanya, dengan adanya pertandingan seperti ini dapat mencungkil bakat serta mengangkat martabat sukan ini agar diminati oleh semua lapisan masyarakat.

Sumber : Utusan Borneo

Anak Mukhriz Kecam Peserta Himpunan Bantah ICERD, “Mereka terlalu Mengecewakan”

PETALING JAYA: Anak perempuan kepada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengecam peserta Himpunan  Bantah ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

Melia Serena memuat naik gambar di Instagram Stories dengan keterangan: Menjijikkan…. saya tak peduli.

Terlalu mengecewakan.

Dia turut mengatakan bahawa Wawasan 2020 hilang kerana anda semua.

Menerusi posting Instagram Stories yang lain, Melia yang seolah-olah memberi reaksi kepada mereka yang menghantar mesej kepadanya susulan posting terdahulu, mengkritik peserta Himpunan Bantah ICERD, dengan mengatakan kekecewaan melihat mereka dalam kalangan bangsanya sendiri begitu membenci, dikriminasi dan menindas.

Satu perkara yang mereka tidak setuju, mereka akan segera menghendap kamu dan mengatakan perkara yang paling menyakitkan hanya kerana mereka ditegur.

Jika anda berfikir untuk memberi komen-komen yang negatif untuk membuatkan saya kesal mengenai apa yang saya kata atau merasakan saya teruk dengan diri saya, anda hanya memperbodohkan diri sendiri. Saya tenang saja, katanya.

Pada Sabtu, perhimpunan tersebut diadakan untuk menyambut keputusan kerajaan yang tidak akan meratifikasi konvensyen di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Para pemimpin pembangkang hadir dalam himpunan itu termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kerajaan memutuskan untuk tidak mengesahkan ICERD ketika bantahan berterusan daripada pembangkang yang mendakwa perjanjian hak asasi manusia PBB akan menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Dalam pada itu, sebuah video yang menunjukkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu kereta di sekitar Kuala Lumpur selepas Himpunan ICERD berakhir, menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi 1 minit itu memperlihatkan Dr Mahathir memandu kereta jenis Proton, berdasarkan logo yang tertera di stereng kereta berkenaan.

Tiada kenyataan direkodkan dalam video berkenaan, cuma bunyi siren dari pengiring polisnya boleh didengar dalam video berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, Dr Mahathir memandu di sepanjang Jalan Sultan Ismail dan kemudian ke Jalan Raja Chulan.

Jarak itu adalah 2 KM dari Dataran Merdeka di mana perhimpunan ICERD diadakan.

Himpunan ICERD yang berakhir petang tadi berlangsung aman tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. – Sinar Harian

Source From :-
www.mstar.com.my